Home

Assalamualaikum wbt semua!! Welcome to Zulsya Blog!

Zulsya Holdings adalah sebuah syarikat kontraktor bumiputera yang terdiri dari beberapa buah anak syarikat yang menjalankan skop kerja yang berbeza di dalam industri pembinaan iaitu MSS Builders, MSS Construction & Engineering Sdn Bhd & Lamani Paint Solutions Sdn Bhd.

 

Kami percaya ramai kontraktor usahawan bumiputera yang baru bermula dan berjinak-jinak dalam industri ini menghadapai pelbagai masalah dan cabaran seperti mana kami suatu ketika dahulu ketika baru bermula.

 

Berbekalkan pengalaman yang tidak seberapa dalam industri pembinaan lebih kurang 5 tahun dan juga telah berjaya menyiapkan beberapa projek mega di Malaysia seperti MRT. Kini apa yang kami buat adalah kami ingin berkongsi pengalaman dan pendapat dengan ramai usahawan kontraktor dalam industri pembinaan diluar sana tentang pengurusan bisnes sebuah syarikat kontraktor dan tips-tips berkaitan pembinaan.

Seiring dengan visi kami untuk menjadi salah sebuah syarikat kontraktor utama di Malaysia dan teraju utama dalam industri, kami percaya dengan perkongsian pengalaman dan tips-tips ini juga dapat membantu anda dan diri kami sendiri untuk juga belajar bersama dan memperbaiki kualiti kerja, pengurusan syarikat dan lain-lain. Untuk tips-tips dan pandangan berkenaan pengurusan syarikat dan pembinaan boleh layari zulsyablog.com, Facebook and Youtube Channel kami.