TIPS UNTUK DEKORASI RUANG TAMU

Ruang tamu adalah salah satu ruang utama di dalam sesebuah rumah, di mana merupakan tempat utama bagi para tetamu yang hadir ke rumah. Tahukah anda ruang tamu mampu mencerminkan karakter pemilik rumah? biarpun kediaman anda tidak luas, anda tetap perlu memikirkan atau mengambil kira cara hias ruang tamu tersebut. Cara hias ruang tamu yang paling penting anda ambil kira adalah konsep dan kelengkapan perabot yang dipilih. Pastikan ia tidak memakan ruang dan perlu digayakan dengan rapi, cantik serta selesa.

rt1rt2

  • Penggunaan cermin pada dinding

Gunakan cermin di dinding rumah anda untuk menjadikan ruang tamu kelihatan lebih luas secara ilusinya, selain menjadikan ruang kelihatan lebih elegant dengan gaya tersendiri.

rt3

  • Pemilihan perabot

Untuk sesuatu ruang tamu, perabot merupakan element utama yang perlu di ambil kira. Pemilihan saiz perabot sangat penting bagi meminimakan penggunaan ruang selari dengan konsep yang diguna pakai dalam hiasan dalaman iaitu “less is more”.

rt4

  • Cat dinding

Mengecat dinding dengan mengenakan feature wall akan menampakkan ruang tamu kelihatan lebih cantik selain memberi perlindungan terhadap lapisan dinding. Untuk kelihatan lebih eksklusif, cat jenis momento adalah sangat di syorkan kerana hasil nya tampak lebih elegant berbanding cat biasa.

  • Pencahayaan

Pelbagai jenis pencahayaan boleh diletakkan di ruang tamu. Antara gabungan pencahayaan yang sering digayakan di ruang tamu adalah fixture recessed yang menyediakan fungsi sebagai pencahayaan umum, tugas dan accent. Lampu juga perlu didekorasi secara minimum, terutamanya bagi ruang tamu yang sering menjadi tumpuan utama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s