5 LANGKAH MEMBINA ‘BRAND PRESENCE’

Facebook merupakan platform yang terbaik untuk memasarkan produk anda secara dalam talian. Dengan pengguna aktif Facebook telah mencecah 2.13 billion pada tahun 2017, bayangkan betapa luasnya jenama dan produk anda akan dikenali. Namun, teknologi Facebook sentiasa berubah dengan pantas setiap tahun.

Persaingan dalam bisnes juga semakin meningkat. Sebagai seorang pemilik bisnes mahupun admin di media social, anda seharusnya bijak merancang dan bergerak seiring dengan perubahan di Facebook supaya jenama anda dikenali.

LANGKAH MEMBINA BRAND PRESENCE (2)

Di sini saya sediakan 5 langkah penting untuk membina ‘brand presence’ di Facebook.

  1. Gunakan gambar profil dan cover yang menarik.

Pastikan anda menggunakan gambar profil yang berkaitan dengan bisnes anda contohnya logo syarikat. Gambar juga haruslah ‘simple’,jelas dan berkualiti tinggi. Letakkan video pendek sebagai ‘cover photo’ di page anda.

  1. Sediakan jadual posting untuk sebulan

Untuk meyakinkan orang ramai tentang jenama anda,anda haruslah konsisten berkongsi post di ‘Facebook page’ anda. Menyediakan jadual adalah untuk memudahkan anda mencari bahan untuk dikongsi dan juga sebagai peringatan untuk anda ‘post’ setiap hari.

  1. Banyakkan gambar dan video

Untuk menarik perhatian prospek pada post anda,gambar dan video merupakan media yang paling berkesan. Menurut statistik, pengguna Facebook menghabiskan masa selama 100 million jam setiap hari untuk menonton video. Anda juga boleh memuatnaik video di akaun Youtube anda dan berkongsi ‘link’ di Facebook. Cara ini boleh menarik lebih ramai prospek kepada bisnes anda.

  1. Jadi diri sendiri dan bersosial dengan prospek

Dengan kes penipuan siber yang semakin meningkat, pengguna menjadi lebih berhati-hati sebelum membeli sesuatu di laman social. Untuk membina kepercayaan dan membuat pelanggan selesa, anda perlulah menjadi diri sendiri dan rajin berinteraksi dengan mereka. Gunakan bahasa yang santai dan mesra pelanggan setiap kali membuat ‘posting’ di Facebook.

  1. Balas mesej dengan segera

Apabila pelanggan sudah mulai selesa dengan anda,mereka akan selalu bertanya tentang produk anda melalui mesej. Pastikan anda membalas dengan segera. Facebook telah menambah fungsi baru di ‘business page’ iaitu memaparkan tempoh masa respon anda. Ini adalah sangat penting untuk mengekalkan imej yang baik di mata prospek.

Disediakan oleh: Iffa Syazwani – Social Media Executive, Zulsya Holdings

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s