5 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMOHON TEMPAT PRAKTIKAL

5 perkara.png

Bersediakah anda untuk menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar praktikal? Terdapat lima perkara yang anda perlu dilakukan sebelum mencari tempat praktikal.

Pertama, melakukan persediaan awal dengan mencari dan menyenaraikan semua syarikat yang bersesuaian dengan skop pembelajaran. Hal ini kerana, hanya sesetengah syarikat sahaja yang mengambil pelajar praktikal, mereka juga akan menetapkan had untuk beberapa orang pelajar sahaja yang akan menyertai syarikat mereka dan juga akan memilih pelajar yang mempunyai kelayakan tertentu. Selain itu, anda akan bersaing dengan pelajar daripada ipt yang lain dari program diploma dan degree. Konklusinya, anda hendaklah ‘sediakan payung sebelum hujan’ bagi mengelakkan daripada tidak diterima oleh mana-mana syarikat.

Kedua, anda hendaklah memastikan syarikat yang anda mohon ada menawarkan skop pekerjaan yang sesuai dan memenuhi skop pembelajaran. Pastikan anda tahu skop atau module latihan yang bakal diberi. Alam pekerjaan bukan masa untuk mengambil nota seperti dibilik kuliah. Sebaliknya semua tugasan perlu dibuat sendiri.

Ketiga, memilih syarikat yang mempunyai projek-projek yang sedang berjalan dan memastikan anda boleh terlibat dalam projek tersebut. Ini adalah kerana, ia akan memudahkan anda untuk mengisi buku log latihan praktikal dan juga menyediakan maklumat untuk menyiapkan laporan praktikal anda dan juga memperoleh pengalaman terlibat dalam projek dan tugasan yang besar.

Keempat, anda hendaklah memastikan syarikat tersebut sama ada menyediakan kemudahan kenderaan dan tempat tinggal atau tidak. Jika syarikat tersebut tidak menyediakan kemudahan tersebut anda perlu mencari kemudahan kenderaan awam dan tempat tinggal dengan dengan lebih awal bagi memudahkan urusan sepanjang anda praktikal.

Kelima, menyediakan resume dan emel yang formal bagi menarik perhatian syarikat tersebut untuk memilih anda praktikal di syarikat mereka. Ramai pelajar yang mengambil remeh tentang perkara ini, latihan praktikal adalah proses sebenar yang perlu dialami di alam pekerjaan, berilah tanggapan pertama yang terbaik semasa menghantar emel dengan cara yang beradab dan sopan supaya memudahkan anda terpilih praktikal di syarikat tersebut.

Akhir kata, program Latihan Industri diwujudkan untuk menyediakan bakal graduan menghadapi dunia pekerjaan. Latihan Industri adalah peluang pelajar menerokai peningkatan kemahiran. Pengalaman ini tidak dapat dipelajari dalam mana-mana dewan kuliah.  Walaupun hanya Latihan Industri, pelajar masih boleh memberi nilai pesona yang tinggi apabila membuat persediaan rapi.

disedikan oleh : Ana Pelajar Praktikal Uitm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s