REALITI KEHIDUPAN SEORANG PELAJAR PRAKTIKAL

Kenapa Saya memilih tempat latihan jauh dari rumah?

Memilih ibu kota sebagai tempat untuk menjalani latihan praktikal adalah satu cabaran baru yang besar buat diri sendiri. Pernah membuat keputusan untuk membatalkan niat tersebut ekoran tawaran untuk menjalani tempat latihan praktikal yang jarak dari rumah hanya kurang 4km sahaja. Tetapi memikirkan tiada cabaran dari segi persiapan untuk menghadapi situasi bekerja yang sebenar, hasrat tersebut dibatalkan. Di saat rakan seperjuangan mengambil kesempatan untuk duduk berdekatan dengan keluarga ketika menjalani latihan praktikal, saya memilih untuk berjauhan dengan keluarga.

Sebab pertama, saya mengambil keputusan tersebut kerana ingin mencabar diri sendiri untuk lebih berani menghadapi apa jua risiko yang akan datang. Pilihan tempat latihan pertama saya adalah di Johor yang memang sangat jauh dari kampong halaman saya iaitu di Kuala Lipis, Pahang. Namun disebabkan atas sebab kesihatan ketika itu yang menyukarkan saya untuk berulang alik jika perlu, niat tersebut terus dipadam.
Saya juga ada membuat permohonan di Shah Alam dan juga KL. Saya pilih di KL sebab syarikat ini memberi respon setuju terima saya sebagai pelajar praktikal terlebih awal dari yang di Shah Alam iaitu syarikat Zulsya Holdings Sdn Bhd.

Sebab kedua, saya mengambil kesempatan ini untuk menerokai tempat orang. Itulah yang selama ini saya mahukan di dalam hidup. Untuk mengenali budaya dan resam masyarakat di tempat yang berbeza. Saya merupakan seorang yang kaki jalan/traveler.

Sebab ke tiga adalah untuk membuat persediaan menghadapi realiti kerja yang sebenar. Di mana saya perlu hidup sendiri juga suatu hari nanti untuk keluar bekerja. Sampai bila untuk duduk dengan keluarga kan?

Perbezaan belajar dan bekerja?

Boleh dikatakan situasi bekerja dan belajar di universiti adalah sangat berbeza walaupun skop pekerjaan tersebut adalah skop kos yang di ambil di universiti. Ini kerana kebanyakkan apa yang dipelajari di universiti adalah teori, berbanding di industri pekerjaan di mana kita berurusan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam selain berhadapan dengan pelbagai masalah.

Boleh dikatakan hanya 10% sahaja apa yang dibelajar di universiti yang sama dengan industri pekerjaan di mana ia nya hanya pengenalan kepada alam pekerjaan.
Industri pekerjaan memerlukan kita untuk berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan. Berbeza dengan belajar, kita membuat keputusan hanya untuk diri sendiri dimana apa sahaja keputusan yang dibuat akan memberi kesan hanya kepada diri sendiri. Apabila memasuki industri pekerjaan, keputusan yang dibuat membawa nama syarikat dimana semua risiko akan terpalit dan memberi kesan kepada syarkikat dan juga pekerja-pekerja yang lain.

Pengalaman menjalani latihan praktikal di Zulsya Holding Sdn Bhd membuatkan saya berfikir secara luar kotak dan membuka minda saya untuk lebih proaktif dan mengenali aspek industri pembinaan dengan lebih meluas. Jika dulu pemikiran saya agak sempit, saya berfikiran bahawa industri pembinaan hanya kearah membina satu bangunan sedangkan kerja-kerja menyelenggara bangunan juga salah satu daripada prospek industri.

Cara untuk mencari pelanggan yang berpotensi, cara membuat promosi, cara untuk menarik pelanggan, cara membuat rangkaian yang besar di dalam industri adalah sesuatu pengalaman yang tidak dapat di beli malah tiada di dalam skop pembelajaran di universiti.

Perbezaan “Pekerja” dan “Pelajar” adalah satu jurang yang sangat besar. Bekerja membuat kita terikat dengan peraturan dan syarat syarat syarikat. Tiada lagi istilah “kelas batal” sewaktu di alam pekerjaan seperti mana sering berlaku di universiti. Tiada lagi istilah ponteng kelas.

Selagi berpeluang, saya sentiasa semat dalam diri satu pesanan dari ayah “Dig knowledge as much as you can, even though it is a small and simple work, learn something from it”. Even sebelum mula praktikal pun saya tak tahu nak guna mesin fotostat, tapi sekarang dah pandai..Yeayy!!

Yang benar – Nur Syasya (Pelajar Praktikal Uitm)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s