9 KOMBINASI WARNA MENARIK UNTUK BILIK TIDUR

Korang mesti dah bosan kan dengan warna bilik tidur sekarang? Haa meh sini tengok kombinasi warna kat bawah ni. Nak deco style moden ke hipster ke semua ada. Jom baca !

 

1.Turquoise dan Hijau – Pilihan yang kini menjadi kegilaan ramai. Kombinasi warna dinding hijau dan selimut + sarung bantal turqoise menjadikan bilik tidur nampak menarik & segar. Peminat tegar turqoise boleh cuba gabungan warna ni.

 

2.Lilac dan Kelabu – Lilac merupakan warna ungu lembut/pucat sama seperti warna kebanyakan bunga lilac. Bilik tidur warna lilac yang digabungkan dengan kelabu membawa aura kelembutan yang menawan ke dalam sesebuah bilik.

 

3.Merah dan Biru – Gabungan warna bilik tidur merah dan biru ada peminatnya yang tersendiri. Gabungan ketenangan warna biru dengan warna merah yang berani menjadikan suasana lebih menyerlah tanpa menyakitkan mata. Inilah warna yang sesuai kepada mereka yang berani & berkeyakinan tinggi.

 

4. Beige dan turquoise – Sekali lagi warna turqoise menjadi pilihan. Tapi kali ini digabungkan dengan warna beige. Warna beige yang lembut menjadi latar belakang ruang dipadankan dengan warna turquoise yang menjadi sebagai penambah seri.

 

5. Oren dan Coklat – warna yang sesuai untuk bilik tidur, tetapi dengan syarat penggunaan warna haruslah sesuai dan tidak terlalu sarat. Penggunaan warna terang yang terlalu banyak mungkin akan buat anda sakit mata.

 

6. Putih, Hitam & Biru – Warna hitam & putih menjadikan ruang lebih bergaya dan trendy. Gabungan warna biru jadikan suasana bilik lebih tenang.

 

7. Coral & Beige – Coral mendapat namanya dari spesies karang merah. Ini adalah warna yang sangat romantis dan feminin, ia pasti menarik perhatian seisi rumah.

 

8. Kuning Lemon & Kelabu – Dalam kombinasi warna kuning dan kelabu suria ia mewujudkan suasana yang ceria dan kecerahan tetapi masih mengambil bahagian dalam mewujudkan kesan khas.

 

9. Kelabu & Keemasan – Warna kelabu ini sebenarnya adalah warna yang sangat mewah dan tampak unggul dan ia juga amat sesuai untuk dipadankan dengan warna emas untuk kelihatan lebih mewah.

 

Follow us at FB lamanipaint / IG lamanipaint_solutions / lamanipaintsolutions.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s